Bijak! Bijak!

Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor
ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara,
"Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga
permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan
akan mendapat 10 kali ganda.

Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.

Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.

Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu.
Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.

Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.

Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah
Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.

"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.

"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati.

Share

& Comment

Cerita Terkini Baca Lagi Cerita Lawak

Mudahnya Dapat 1 Juta Follower Di TikTok



Mudahnya Dapat 1 Juta Follower Di TikTok


 

Copyright © 2010-2015 200 CERITA LAWAK JENAKA™ all in this web blog for share.

Thanks to and Berjayaweb.com

Web blog ini diwujudkan untuk tujuan perkongsian bacaan hiburan sahaja.

Kami memohon kemaafan jika halaman ini mengandungi cerita menyentuh sentimen agama/seksualiti dll.