RAYUAN DEMI PERI KEMANUSIAAN
Kepada Sdra Pengantin,
Tahniah di atas perkahwinan sdr yang bakal menjelang. Kami kawan-kawan
semuanya mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia, serta semoga jodoh
berpanjangan, dan insya Allah kami hadir di majlis saudara.
Bagaimanapun, setelah mengambil tahap kemeluatan rakyat Malaysia terhadap
laporan-laporan media berkaitan persiapan perkahwinan beberapa 'celebrity'
tempatan yang bakal berlangsung, sukacita kami mencadangkan kepada sdr dan
bakal isteri agar tidak terjebak dalam perkara-perkara yang tidak senonoh
seperti berikut:
(1) Sekiranya sdr bercadang mengadakan majlis perkahwinan di pusat-pusat
persidangan seperti Kuala Lumpur Convention Centre, diharap sdr dapat
memberi pertimbangan kepada pengguna-pengguna jalanraya di sekeliling
tempat majlis itu diadakan. Besar harapan kami sekiranya sdr tidak menyekat
atau mengubah laluan trafik, terutamanya ketika sdr mengadakan raptai penuh
majlis perkahwinan pada hari dan masa orang-orang tengah sibuk nak pergi
atau balik dari kerja.
(2) Kami tidak mempunyai halangan sekiranya sdr dan isteri mengimpikan
majlis perkahwinan ala "Cinderella". Mana-mana pasangan pengantin juga
berhak memilih tema-tema seperti "Beauty and The Beast", "Snow White & The
Seven Dwarfs", "Happy Happy Puffy Amy Yumi", "PowerPuff Girls", "Courage
The Cowardly Dog", malah ala "Basic Instinct" atau "XXX", err, maksud
saya,"X-Men", sekali pun. Kami hanya memohon jasa baik sdr agar tidak
menghuraikan impian sdr dengan panjang lebar dalam surat khabar, contohnya
tentang gaun pengantin tujuh lapis (tak panas ke?), kek tujuh tingkat
dengan bertangga, naik kereta kuda tujuh roda dan sebagainya. Sesungguhnya,
dalam zaman di mana kita perlu memulihara alam sekitar, amat tidak wajar sekali
banyak pokok terpaksa dikorbankan untuk diproses menjadi kertas
suratkhabar, tetapi dicetak dengan cerita-cerita fantasi seperti itu.
(3) Adalah juga dicadangkan agar sdr dan pihak keluarga belah pengantin
perempuan, utamanya ibu bapa mertua, membuat "message alignment" agar tidak
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah berkaitan perkara-perkara
seperti duit hantaran. Sesungguhnya kami tidak mempunyai apa-apa halangan
tentang jumlah duit hantaran, sama ada RM88,888.88 atau RM22, 222.22 atau
RM00,000.00, dan juga tidak hirau sama sekali sekiranya duit hantaran itu
dibayar dalam bentuk Ringgit Malaysia, rupiah Indonesia atau menggunakan
kad kredit. Yang penting, sdr dan isteri selamat diijabkabulkan dengan
memenuhi syariah.
(4) Sekiranya sdr dan isteri bertuah menerima tawaran mana-mana stesen
televisyen agar majlis sdr disiarkan secara langsung di tv kelak, besar
harapan kami sekiranya sdr memaklumkan stesen televisyen tersebut agar
tidak membatalkan rancangan-rancangan lain yang lebih penting dan bermakna
seperti EPL, CSI, dan Formula 1. Kami juga mengucapkan tahniah sekiranya
demi memenuhi permintaan segelintir peminat sdr, sdr perlu melangsungkan
majlis perkahwinan tambahan di Indonesia, Inner Mongolia, Swaziland , Bukina Faso
atau Solomon Islands, tetapi kami amat amat amat berterima kasih sekiranya
sdr memaklumkan kepada semua stesen televisyen di Malaysia agar tidak
menyiarkan majlis perkahwinan sdr sepanjang masa, termasuk semasa tayangan
Berita Perdana. Mujurlah Akademi Fantasia sudah selesai. Kalau tidak, harus
pusingan Final AF terpaksa ditangguh semata-mata nak menyiarkan majlis
perkahwinan sdr. Bukankah itu akan menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat
telekomunikasi negara (Maxis, Celcom, Digi), seterusnya membawa kepada
kemerosotan ekonomi?
Jasa baik sdr dan bakal isteri dalam memberi pertimbangan yang adil dan
sewajarnya kepada rayuan rakyat marhaen seperti kami amat kami alu-alukan
dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.
Semoga pernikahan sdr dan bakal isteri direstui dan diberkahi Allah s.w.t.
Aaaamin.
Selamat menjadi Pengantin Baru (tanpa menyusahkan orang lain)!
Salam hormat,
Siti K.

________________________________________________________________
- Kerana Burger Tak Pergi Kerja
- Kenapa Nak Main Camera?
- Ini rahsia lulus interview rupanya
- Beli rumah lelong ka untung atau bagaimana?
- Ambui mudahnya cara ni, teknik Mak Cik Nab dapat duit duduk rumah!
- Gemuk ke Keding. Rahsia apa?
- Owh..Patut nabi suruh meniaga dengan emas...
________________________________________________________________
Share
& Comment
Tweet