Katil Maut

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal dunia pada setiap hari jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Kejadian ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.

Apabila tiba hari jumaat berikutnya, beberapa doktor bersiap-sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Pada ketika itu seorang pesakit lelaki yang masih muda sedang tidur.

Masa terus berlalu. Para doktor sabar menunggu.

Tiba-tiba kelihatan pintu bilik ICU itu dibuka orang. Kemudian masuklah Makcik Bedah. Mak Cik Bedah adalah seorang pekerja pencuci sambilan yang hanya bertugas pada setiap hari jumaat..

Wanita itu masuk dan mendekati katil keramat tersebut. DIA TERUS MENCABUT SOKET ELEKTRIK UNTUK ALAT BANTUAN PERNAFASAN BAGI MENGHIDUPKAN VACUUM CLEANERNYA..!!!

Share

& Comment

Cerita Terkini Baca Lagi Cerita Lawak

Mudahnya Dapat 1 Juta Follower Di TikTok



Mudahnya Dapat 1 Juta Follower Di TikTok


 

Copyright © 2010-2015 200 CERITA LAWAK JENAKA™ all in this web blog for share.

Thanks to and Berjayaweb.com

Web blog ini diwujudkan untuk tujuan perkongsian bacaan hiburan sahaja.

Kami memohon kemaafan jika halaman ini mengandungi cerita menyentuh sentimen agama/seksualiti dll.