Isteriku Lembap

Isteri: Abang, pasukan mana main hari ni?

Suami: Hari ni tak ada perlawanan lah sayang.

Isteri: Oh! Dah habis ke? Jadi siapa menang?

Suami: Tak habis lagi. Cuma World Cup berehat hari ni.

Isteri: Oooh! Jadi sekarang dah habis separuh masa pertama lah ye?

Suami: (Bosan) Ha'ah.. Sekarang tengah rehat separuh masa pertama.

Isteri: Jadi bila separuh masa ke-2 nak mula?

Suami: (Makin bosan) esok

Isteri: Jadi Messi akan main lah esok ye?

Suami: Pasukan dia dah terkeluar

Isteri: Haa? Pasukan mana lagi tinggal?

Suami: Brazil

Isteri: Pasukan yang ada Neymar tu?

Suami: (gembira) YA!

Isteri: Sekurang-kurangnya kita dapat tengok Neymar main

Suami: Neymar cedera. World Cup ni dah tamat untuk dia

Isteri: Jadi pasukan dia akan bermain dengan kurang pemain ke?

Suami: Tak! Mereka akan gantikan dia dengan orang lain

Isteri: Jadi siapa yang akan ganti?

Suami: (Marah) ABANG TAK TAHU! (diam lama)

Isteri: (Tanpa rasa bersalah) harap mereka akan masukkan Messi ganti Neymar.


Suami: (^$%$#^*)((^^*^!@#%

Share

& Comment

Cerita Terkini Baca Lagi Cerita Lawak

Mudahnya Dapat 1 Juta Follower Di TikTok



Mudahnya Dapat 1 Juta Follower Di TikTok


 

Copyright © 2010-2015 200 CERITA LAWAK JENAKA™ all in this web blog for share.

Thanks to and Berjayaweb.com

Web blog ini diwujudkan untuk tujuan perkongsian bacaan hiburan sahaja.

Kami memohon kemaafan jika halaman ini mengandungi cerita menyentuh sentimen agama/seksualiti dll.