Mak Andih Nak Lari

Pak Pandir baru sahaja bertengkar dengan isterinya Mak Andih. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja Mak Andih terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa?" Pak Pandir bertanya.

Mak Andih terhenti sebentar. Dia merenung Pak Pandir itu lalu berkata, "Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini!"

Pak Pandir berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian. "Betul juga kata kamu. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut kamu keluar dari rumah ini!"

Share

& Comment

Cerita Terkini Baca Lagi Cerita Lawak

Mudahnya Dapat 1 Juta Follower Di TikTok



Mudahnya Dapat 1 Juta Follower Di TikTok


 

Copyright © 2010-2015 200 CERITA LAWAK JENAKA™ all in this web blog for share.

Thanks to and Berjayaweb.com

Web blog ini diwujudkan untuk tujuan perkongsian bacaan hiburan sahaja.

Kami memohon kemaafan jika halaman ini mengandungi cerita menyentuh sentimen agama/seksualiti dll.